Wednesday, November 6, 2019

kolej matrikulasi pulau pinang

Hai ! Assalamualaikum semua ! harini second day SPM! akak wish adik-adik semua goodluck okay :D
Adik-adik or sesiapa yang baca blog aleen harini, aleen nak cerita tentang kolej matrikulasi Pulau Pinang ni haa...
Aleen akan ceritakan experience dan cara untuk survived kat KMPP . OKAY? :D
okay jom kita start (sila baca dengan nada khairul aming)

  

Inilah dia. KMPP tercinta ! ehek, oh ya lupa nak cakap, Aleen adalah alumni KMPP batch 2018/2019. so sebabtu la nak cerita tentang KMPP. anyway kredit gambar tu aleen ada ambik dekat blog yang dah amalinpunyastory.blogspot . cantik kan ? Aleen pun rasa gambar ni cantik . First sekali, perkara yang korang rasa amazing dengan KMPP adalah langit dia. KMPP ada view langit yang cukup indah. korang boleh la layan tengok sunset petang-petang belakang blok A2 dekat dengan padang, haa nanti kalau dah daftar masuk KMPP pergi je cari pondok kat belakang A2 untuk tengok view langit time senja. siapa yang blok A2 aras 4 atau aras 3 lagi untung, time maghrib tu MasyaAllah langit dia memang menakjubkan. korang tengokla nanti kalau tak caye ehek. aleen takde gambarnya :(. 

Second part bestnya KMPP ni adalah, KMPP adalah salah satu matrik di bandar. percaya tak ? haa korang nak outing dekat je dengan tesco. Naik Grab ke Tesco atau Mcd atau Sunshine (kat sini ada wayang) baru RM7. ke Mydin baru RM10. kalau korang nak huha huha sikit time elaun masuk tu boleh la pergi Sunway Carnival Mall. Mall ni best jugak . ada wayang , tempat makan yang best-best jugak . Grab tengok harga semasa biasanya dalam RM20 je. Kalau rasa kaya lagi, boleh pergi Pulau. Kos lagi murah . Aleen pernah travel dengan kawan-kawan dulu time cuti Am hari isnin yang total cuti 3hari kan, kitaorang pergi short vacay ke Pulau. macam mana kos semua nanti aleen cerita kat blog lain :D . Okay ni cara korang nak pergi Pulau balik hari :
1. dari Kmpp korang ambik grab ke ktm . harga dalam RM7 
2. dari KTM beli tiket ke Butterwoth (as FYI, kat KTM sini tak guna Touch N Go lagi macam kat KL. 
3. turun dari ktm, korang terus sampai ke Penang Sentral. kat Penang sentral korang pergi ambik Feri. harganya RM 1.20 seorang 
4. SAMPAI PULAU ehek . nah korang naik la grab nak kemana. harga depends on tempat korang nak pergi. Dulu Aleen selalu pergi jalan kat Chowrasta je. kat situ kalau korang nak pergi ke Komtar Mall pun dekat. harga grab dalam RM5 dari jeti. 

Tapi kalau korang nak cepat, korang ambik je grab terus ke Penang Sentral instead of naik KTM. harga depends semasa . kalau demand tinggi boleh cecah rm50. biasanya dalam RM25. 

okay next! hubungan antara lecturer dengan member kat matrik ni adalah yang paling indah. yang korang takkan dapat dah dekat Uni. kat matrik ni korang akan sangat rapat dengan lecturer . Kawan-kawan kat matrik ni macam family. bonding kat matrik ni kuat. sebab time ni la korang akan jumpa kawan yang akan support korang dari setiap aspek. Korang percayalah, hidup kat matrik akan jadi kenangan palinggg indah :) 

ni namanya miss hidayah, dah tertukar mana
student mana lecturer :D

ini pula sir mokhtar, dia akan bagi motivasi dulu sebelum
start kelas. setiap kali kelas. 



Aleen nak tanya korang . Korang apply accounting tapi takde basic account? takpe! jangan risau trust me! sebab aleen pun sama je macam korang, Aleen pure science time form5 but then change to account time matrik tanpa basic. tapi berkat usaha , boleh je survived. Alhamduillah. 
macam mana Aleen survived? Aleen cerita kat next blog boleh ? ehe, Aleen busy dengan hari keusahawanan kat sini. Anyway, kalau korang tak mintak KMPP tapi dapat KMPP, korang patut BERSYUKUR . sebab Aleen dulu pun macam tu. Masa first datang hari-hari rasa nak nangis. Sebab tak pernah duduk jauh dari parents tiba-tiba dapat Matrik jauh since Aleen orang ganu. hmmm. jauh kannn :( Tapi Aleen tak nyesal. betulla masa awal Sir Mokhtar pernah cakap "kalian ni , awal-awal je sedih . nak tukar matrik la apa semua bagai, nanti dah nak habis, semua taknak tinggalkan matrik" and Aleen akui, semua yang sir Mokhtar cakap tu betul. Jadi korang yang dapat Penang tu jangan stress-stress. Makanan Penang best-best dan Murah ! plus korang boleh jalan2 kenal tempat orang . Okay la, Aleen stop sini dulu. next time Aleen share lagi ya ! Bye :) 














2 comments:

  1. Yeszaaa. Jauh berjalan luas pengalaman.
    But Penang is good. Food of heaven.
    Anyway mcm mix post awak ni. sekejap cerita psl matriks sekejap lagi eh cerita psl travel pulak lepastu eh cerita psl matriks balik :D
    maybe boleh fokus one kind of story in each posting next time ya.
    Good job anyway. Keep it up!

    ReplyDelete