Monday, December 9, 2019

BUDAYA PANTUN

Assalamualaikum semua!
holaa!!!
dah week-13 di UKM! lagi satu minggu then FINAL! Allahu tak lama dahh ... :(

okay so harini Aleen nak share tentang minat Aleen!
minat untuk pantun. macam pelik kan? Tapi itulah minat Aleen ehehehe.

so, ayuh kita mulakan dengan serangkap pantun untuk blog kalini ya! izinkan dinda ya kanda?

jalan ke taman memetik melati, 
singgah berehat di pokok sena, 
sudah rindu rasa dihati,
apa khabar orang disana? 
 cewah, lain macam rasanya. dah lama tak asah bakat tulis pantun hehehehe.
okay kisahnya Aleen suka tulis pantun, tapi tak kreatif sangat. Penggunaan bahasa yang teruk.
Zaman sekolah dulu Aleen pernah wakil pasukan pantun hingga ke peringkat Negeri.
pasukan pantun sekolah kami telah memenangi tempat pertama pada peringkat daerah dan saya sendiri dinobatkan sebagai pemantun terbaik (maaf riak sikit eheh) . Namun rezeki tidak berpihak kepada kami ketika peringkat negeri.

salah satu pantun yang Aleen ingat sampai sekarang adalah pantun bertemakan makanan tradisi. dengarkan ya dinda.

" di dalam sangkar berehat kedidi,
sementara menunggu siang menjelma,
badak berendam puteri mandi,
apa keunikan disebalik nama?"

Aleen yakin, mostly ramai yang tak faham macam mana konsep pesta pantun ni kan?
okay kalau Universiti, level dia lain sikit. lagi susah sebab aleen dah try pergi latihan pantun. Memang susah.

Kalau peringkat sekolah menengah, peserta diberi kertas kosong untuk menjawab pantun dalam masa 60saat. tapi di peringkat Universiti, peserta diberi masa 120s (kalau tak silap) untuk reka dan jawab pantun TANPA SEBARANG KERTAS DAN PEN! 
haaaa kau! Aleen respect for those yang masuk Pantun kat Uni ni, sebab dorang memang power!





nota kaki: gambar kat atas adalah gambar throwback pesta pantun zaman sekolah menengah tahun 2017 

Bukan itu je, kebiasaannya awal pembukaan pantun , ia akan diiringi dengan nyanyian dan persembahan ringkas pengenalan diri oleh para pemantun .




okay rasanya itu saja. untuk blog terakhir buat sem ni! lepas ni Aleen nak fokus final jap. kat bawah ni adalah video-video throwback ketika jawab pantun. hehehe. dengar ya kanda.













2 comments:

  1. Mak aii intonasi dia mantapppp
    u really deserve jadi pemantun terbaik.. thorbaeekkk !
    tak cakap awal2.. kalau tak saya dah suruh belanja pantun satu dlm kelas hehehe
    Good job alin and maybe you should continue being a pemantun kat UKM ni.. :D

    ReplyDelete
  2. ops. since this is your last posting, i wish you best of luck in final and future ok.
    Fighting!

    ReplyDelete