Monday, December 9, 2019

BUDAYA PANTUN

Assalamualaikum semua!
holaa!!!
dah week-13 di UKM! lagi satu minggu then FINAL! Allahu tak lama dahh ... :(

okay so harini Aleen nak share tentang minat Aleen!
minat untuk pantun. macam pelik kan? Tapi itulah minat Aleen ehehehe.

so, ayuh kita mulakan dengan serangkap pantun untuk blog kalini ya! izinkan dinda ya kanda?

jalan ke taman memetik melati, 
singgah berehat di pokok sena, 
sudah rindu rasa dihati,
apa khabar orang disana? 
 cewah, lain macam rasanya. dah lama tak asah bakat tulis pantun hehehehe.
okay kisahnya Aleen suka tulis pantun, tapi tak kreatif sangat. Penggunaan bahasa yang teruk.
Zaman sekolah dulu Aleen pernah wakil pasukan pantun hingga ke peringkat Negeri.
pasukan pantun sekolah kami telah memenangi tempat pertama pada peringkat daerah dan saya sendiri dinobatkan sebagai pemantun terbaik (maaf riak sikit eheh) . Namun rezeki tidak berpihak kepada kami ketika peringkat negeri.

salah satu pantun yang Aleen ingat sampai sekarang adalah pantun bertemakan makanan tradisi. dengarkan ya dinda.

" di dalam sangkar berehat kedidi,
sementara menunggu siang menjelma,
badak berendam puteri mandi,
apa keunikan disebalik nama?"

Aleen yakin, mostly ramai yang tak faham macam mana konsep pesta pantun ni kan?
okay kalau Universiti, level dia lain sikit. lagi susah sebab aleen dah try pergi latihan pantun. Memang susah.

Kalau peringkat sekolah menengah, peserta diberi kertas kosong untuk menjawab pantun dalam masa 60saat. tapi di peringkat Universiti, peserta diberi masa 120s (kalau tak silap) untuk reka dan jawab pantun TANPA SEBARANG KERTAS DAN PEN! 
haaaa kau! Aleen respect for those yang masuk Pantun kat Uni ni, sebab dorang memang power!





nota kaki: gambar kat atas adalah gambar throwback pesta pantun zaman sekolah menengah tahun 2017 

Bukan itu je, kebiasaannya awal pembukaan pantun , ia akan diiringi dengan nyanyian dan persembahan ringkas pengenalan diri oleh para pemantun .




okay rasanya itu saja. untuk blog terakhir buat sem ni! lepas ni Aleen nak fokus final jap. kat bawah ni adalah video-video throwback ketika jawab pantun. hehehe. dengar ya kanda.













Wednesday, December 4, 2019

Ilmu luas

Hello gais!!
Okay harini aleen punya blog agak sendu . Sebab ni pun type pakai phone je. Wifi UKM buat hal tak boleh nak connect pulak. Hotspot pun sama tak boleh nak connect . Uwaaa “(

Okay since harini nak buat blog yang ringkas je,
Aleen nak share pasal ilmu baharu yang aleen dapat kat UKM .
Kat sini, apa yang bestnya. Mereka bukan sahaja ajar subjek wajib untuk sesuatu course malah ada subjek sampingan dipanggil CITRA. Yang mana subjek memberi peluang kepada para pelajar untuk menimba ilmu baharu.

Sama seperti aleen. Banyak citra Aleen ambik sem ni berasaskan entrepreneur.
Entah. Teringin nak timba ilmu dan jadi orang-orang hebat seperti Aliff Syukri dan usahawan berjaya
yang lain.




Gambar ini pula , adalah citra Aleen yang berasaskan kaunseling.
Kaunseling untuk kerjaya. Kaunseling untuk tingkatkan self confidence dalam diri, kaunseling ke arah persediaan masa hadapan.

Gambar kat atas adalah kelas terakhir citra ni untuk  semester ni. Rasa sedih pulak . Tibe. Heheheh.
Kuliah terakhir ni, mereka membincangkan untuk naikkan self confidence dalam diri, dan untuk sentiasa berazam dalam diri untuk terus bersemangat demi mencapai cita-cita yang diidamkan .


Ini adalah video yang Aleen sempat rakam ketika beliau suruh kami semua listkan 10impian dalam 5tahun yang akan datang. Kemudian disuruh ceritqkan kepada kawan sebelah mengenai impian kami. Pada awalnya agak awkward. Tapi lama-lama okay, malah dapat support dari rakan sebelah. Dan 10list itu jugalah merupakan janji kami. Janji kami yang perlu kami tunaikan.

Dan yang terakhir, katanya untuk tambahkan followers dalam instagram supaya nanti senang untuk buat perniagaan online. Cara dia untuk kami semua follow antara satu sama lain adalah dengan selfie ramai2 dan post di ig dengan hashtag yang khusus supaya nanti kami boleh follow antara satu sama
lain.






Okay Aleen rasa kat sini je dulu nak kongsi. Itu pun tengah struggle type through phone 😢
Heheheh. Counting lagi +- 3weeks to final!