Tuesday, November 19, 2019

CITRA ALAM PEKERJAAN UKM


Anyeong guys !! welcome back !
Hehe. Penatla.. sekarang kat UKM ni dah week ke 10 lagi 4 mingu nak habis. Assignment banyak baru dapat, labtest lagi, presentation lagi… hm takpelah.. demi seketul 4.0 dan segulung ijazah.
Bak kata pepatah bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian.. haa gittew…

Okay so harini aleen nak share tentang benda baru yang aleen belajar dalam kelas. Haa jom kita start!
Dekat UKM ni ada satu subjek selain subjek wajib fakulti yang wajib bagi semua pelajar lengkapkan credit yang diminta iaitu CITRA. Bagi saya, citra ni banyak kelebihannya kepada belajar dimana pelajar boleh belajar mempelajari sesuatu.

Dalam banyak-banyak citra yang aleen ambik sem ni, aleen suka citra alam pekerjaan sebab citra ni banyak membantu pelajar dalam preparation ke alam pekerjaan. kelas citra ni terbuka kepada pelajar tahun 3 tapi ia sebenarnya memberi manfaat jugak kepada pelajar tahun 1 dan 2 untuk membuka minda kami dalam alam pekerjaan. 



so sesuai la citra ni untuk aleen yang tak tetap lagi cita-cita nak jadi apa . hehehe. 
yang mana gambaran masa depan tu masih blur lagi. dalam citra ni jugak , mereka sediakan sesi kaunseling kerjaya which means dalam sesi tu , mereka akan bagi kita tentukan 3 kerjaya utama pilihan kita , then kaunselor akan bimbing untuk kita fahami kerjaya yang kita pilih supaya selaras dengan course yang pelajar ambil.

macam bosan kan blog aleen kali ni? hehehehe. itulah aleen nak cerita. soal kerjaya. korang macam mana? dah tetap ke cita-cita nak jadi apa? orang kata aim tu biar sampai ke bulan , kalau kita tersasar, kita hanya langgar bintang. gitteew

so aleen punya first kerjaya aleen nak jadi accountant. sebab gaji akauntan ni mahal. ehek. aleen plan untuk ambil ACCA (itu pun kalau mampu) doakan ye ehek. so nanti bila dah dapat title Charted Accountant boleh la nak demand gaji. :P 

tapi hakikatnya......


haa. sebelum aleen lupa. dalam kelas citra ni, everyweek akan ada orang dari company luar seperti Maybank, RHB bankyang datang bagi talk about kesalahan dalam resume , tips interview dan macam-macam lagi berkaitan dengan proses pengambilan kerja. Dari situ, pelajar boleh belajar kesalahan yang dilakukan oleh individu sehingga mereka tidak ditawarkan bekerja. 

tapi.. kelas paling best bagi aleen ialah kelas yang dia cerita tentang personaliti diri dan etika pakaian semasa interview. Dari situ, dia ajar jenis pakaian yang casual dengan makeup yang sesuai. Aleen enjoy kelas ni sebab aleen rasa cara berpakaian aleen selama ni salah. Aleen highlightkan sikit berkaitan makeup yang diajar dalam kelas haritu. katanya , kalau kita sejenis yang suka 'bareface' boleh cuba dengan Bedak, lipstik dan eyeliner. itu sahaja dah cukup untuk ubah penampilan seseorang yang biasa kepada luar biasa . gittew. 

semasa kelas berlangsung


jadi sekian perkongsian yang agak hambar untuk blog kalini . hehehehe ! Berbaki 4 minggu lagi kat UKM ni. doakan semoga Aleen boleh skor untuk labtest dan final! 

love,
Aleen Nov 2019










1 comment:

  1. Trust me, your will keep changing your dream job from time to time :D
    for the time being just continue your focus on study, so that you could choose whatever you wanna be in future, Inshaallah
    Keep it up!

    ReplyDelete