Sunday, October 20, 2019

hidup baru di UKM

Annyeong guys!! welcome back!
hehee....
sedar tak sedar sekarang dah minggu ke-6 dah kat UKM.
dah 6 minggu survived kat sini. dah 6 minggu cuba dan cuba kenal orang baru, biasakan diri dengan enviroment yang baru, cuba biasakan diri dengan silibus baru.
Alhamdulillah...
Allah masih temukan saya dengan orang yang baik-baik serta rakan yang baik <3 .

So guys! harini saya berminat untuk share dengan awak semua tentang new family saya serta small circle saya disini.
okay jom kita start (sila baca dengan nada khairul amin :D )

firstly, seperti post saya sebelum ni, saya merupakan pelajar yang menginap di Kolej Aminuddin Baki. Sebagai seorang warga KAB saya bangga jadi sebahagian daripadanya salah satunya kerana fakulti saya di depan bilik saya je hehe. Mereka gelarkan KAB sebagai "kolej golek-golek terus sampai fakulti"haaa so kalau korang dapat KAB dan fakulti FEP, saya ucapkan TAHNIAH! :D
hee.. okay untuk makluman korang, KAB ni ada sediakan satu sistem dipanggil Biro. Biro ni adalah dibawah jawatankuasa pelajar KAB. setiap pelajar di KAB wajib sertai biro kerana biro ni salah satu yang membantu untuk stay kolej pada tahun seterusnya serta Biro ni juga merupakan keluarga di KAB kerana setiap biro akan dibimbing oleh seorang Majlis Eksekutif Pelajar (MEP) dan seorang FELO. MEP dan FELO lah yang mana akan banyak bimbing anak-anak biro berkaitan pelajaran dan semua benda di UKM. Mereka sentiasa sudi untuk membantu. Dan seperti yang saya katakan tadi,
BIRO ini adalah keluarga di UKM atau di Kolej khususnya. Seperti saya, saya menyertai BIRO KESELAMATAN DAN KEROHANIAN (SRAB).

Pada awalnya memang agak kekok kerana kami langsung tak mengenali antara satu sama lain.
tapi lama-lama bonding kami semakin kuat.

ini adalah first meeting kami. sesi kenal-kenal SRAB

Saya bersyukur kerana mengenali mereka. Mereka sangatlah baik, prihatin dan masuk air :D . mereka jugalah keluarga kedua. Keluarga di KAB. keluarga di UKM.

sesungguhnya saya adalah insan yang bertuah kerana diterima masuk ke biro ni. walaupun ia kadang kala 'complicated', 'full of dramas' tpi mereka tetap the best !

seperti yang telah saya maklum, kami pada awalnya tak rapat. tapi, meeting demi meeting. program demi program yang diadakan membuatkan ikatan kami makin erat. makin rapat. makin sayang.

ini adalah bonding kecil-kecilan kami di KAB
gambar kat atas ni adalah bonding kecil-kecilan yang kami adakan untuk lebih saling mengenali  serta mewujudkan semangat kerjasama antara ahli biro.


haa gambar ni pulak adalah kami duduk beramai-ramai sambil sembang dan dengar lawak antara satu sama lain.
dan apa yang buat saya sedar, bonding ni sebenarnya bagus. Bagus untuk kami mengali satu sama lain dengan lebih dalam agar kami dapat saling memahami. Bagus untuk kami semua eratkan lagi ikatan kasih sayang sebagai sebuah keluarga.

Pada hari bonding ni, banyak benda yang kami lakukan bersama yang mana setiap perbuatan kami itu semuanya membawa kepada sebuah ikatan yang mengeratkan lagi hubungan antara kami.

Srab sentiasa ada untuk memberi sokongan. Saya juga terharu apabila mereka hadir untuk menyokong saya di pertandingan Pidato memandangkan saya mewakili pidato KAB . Walaupun persembahan saya sendiri agak teruk, tapi mereka tetap memberi sokongan.


inilah yang antaranya datang dan support saya. yang pakai topi
tu kami panggil Abang Jenol. dia juga adalah abang FELO.
 cerita pasal MEP, kami ada MEP yang sangat baik dan prihatin terhadap semua anak biro. MEP yang sentiasa tanya "korang okay?" , yang sentiasa membantu kala kami perlukan bantuan , dan seorang MEP yang tak pernah 'missed' untuk tanya kami "korang dah makan? lapar?" . Seorang yang sangat positif dan berwibawa serta prihatin terhadap semua. kami sebagai ahli SRAB bersyukur dapat MEP seperti beliau :) 


yang baju hitam tu adalah MEP kami, namanya Acey. gambar ni
sebab acey sanggup ke mcd layan anak bironya yang sentiasa lapar :D


ini hanyalah permulaan kepada kisah keluarga ini. Banyak lagi perkara yang dirancang untuk lakukan bersama sebagai sebuah keluarga. Semoga lebih banyak lagi kenangan yang dapat kami ciptakan disini. Plan besar kami adalah untuk bonding retreat ke Thailand. heheee. semoga kami dapat capai hasrat untuk thailand tu... :D

rasanya , saya berhenti menaip disini dahulu. untuk next posting InshaAllah saya akan ceritakan mengenai Family SRAB lagi.

sepertimana tagline yang MEP kami selalu guna:

"SRAB OKAY! SUMPAH OKAY!" 












Friday, October 11, 2019

pantai dan ketenangan

Assalamualaikum ! hi !! im back !

hehehe . saya nak tahu la , apa yang korang semua buat untuk isi masa-masa yang terluang tu ?
tidur ?
makan?
riadah ?
main game?

kalau saya, memandangkan rumah dengan pantai mengambil masa 15minit je,
saya prefer untuk luangkan masa tu di pantai.
dalam Islam pun ada cakap kalau kita menikmati keindahan alam yang Allah ciptakan, pahala pun dapat , ketenangan pun dapat.



sebenarnya pantai pun salah satu tempat untuk 'release tension' . 
kala saya stress , sedih , ada masalah , gelisah, 
pantai sedikit sebanyak memberi ketenangan kepada saya.

pantai dan ombaknya.
pantai dan anginnya.
pantai dan langitnya.

sungguh indah ciptaan Illahi.

saya asal dari terengganu. Pantai lah tempat saya dan rakan-rakan lepak. Tempat untuk kami bercerita tentang masalah masing-masing, 'heart to heart' session  kononnya. hehe.
tapi perkara itulah yang kami rindui kala masing-masing telah belajar jauh.
rindu untuk lihat keindahan pantai, rindu untuk tenangkan diri di pantai dan rindu untuk bercerita dengan pantai.




memandangkan sekarang saya dah belajar diluar negeri, saya jarang ke pantai. namun, setiap kali ada peluang balik cuti semester, pantai tempat utama saya yang tuju.
Malah, jika ada saudara-mara jauh yang balik beraya atau bercuti sekali pun, mereka akan ajak saya untuk kepantai.
entah..
Pantai mempunyai tarikannya yang tersendiri. 
disinilah tempat untuk orang-orang meluangkan masa dengan keluarga, dengan kawan-kawan.

di tempat saya , pantai ini namanya pantai penarik. Kalau korang berkunjung ke pantai ni, bukan sahaja boleh menikmati keindahan pantai,
malah,
boleh mandi, boleh buat family day, boleh makan-makan !
Sebab kat sini ada kedai makan disepanjang jalan ke pantai ini, kedai makan yang menyediakan makanan berasaskan celup tepung, seperti sotong, udang , ikan dan banyak lagi dengan harga yang sangat berpatutan !

disebabkan ada makanan ini jugalah yang menyebabkan saya minat untuk ke pantai . hehee !
makanan yang murah , sedap dan tempat yang cantik untuk OOTD.
percaya tak?

ni adalah makanan yang saya tak pernah missed
kalau berkunjung ke sini hehe


jadi, ini lah minat saya. minat untuk lepak dan tengok keindahan pantai. package kalau datang dengan family boleh la mandi pantai. kalau datang dengan kawan-kawan boleh sembang sambil tengok laut, boleh ootd. Tapi kepada pasangan yang berkawin, kat sini pun best untuk dating tau :D .
Okay saya rasa sampai disini dulu, inshaAllah next posting saya ceritakan tentang pantai-pantai yang best dekat Terengganu ni pulak okay :D
Jumpa lagi !

cantik kan view ? <3








Sunday, October 6, 2019

kawan atau sahabat ?

Hi Assalamualaikum!!
semua sihat ? Dah makan ? hehe dah kenapa lah minggu ni asyik rasa nak makan je. Stress mungkin atau mungkin jugak rindu sahabat-sahabat saya hehe.

oh ya ! cakap pasal sahabat, saya yakin, saya pasti yang semua antara kita mesti ada sahabat kan? cuba korang tengok dan perhatikan balik , sebenarnya.. mereka tu kawan atau sahabat ?

eh ? apa pulak beza kawan dengan sahabat ni kan ? bukan  sama je ke semuanya? hahaha.
gelak. kenapa gelak pulak kan tetiba ?

okay sebagai seorang yang dah hidup selama 19 tahun, dah ramai kawan dan sahabat yang saya jumpa. KAWAN tu hanyalah KAWAN yang ada tika kita bergembira, kawan yang ada untuk tengok kebaikan kita, kawan yang ada untuk menumpang senang kita.
.
tapi
.
SAHABAT adalah kawan yang ada tika kita gembira, kawan yang ada tika susah senang kita, kawan yang pinjamkan bahu mereka untuk kita, kawan yang ceriakan kita kala kita berduka, kawan yang terima baik dan buruk kita, kawan yang tak pernah pergi tinggalkan kita saat dalam sengsara namun percayalah bahawa kawan sebegini hanya satu dalam sejuta.

sejak sekolah menengah lagi, saya berkawan dengan semua orang. namun, kawan hanya sekadar kawan kerana saya sedar bahawa kawan tu senang dicari, tapi adakah mereka kawan sejati ? jawapannya dalam ramai-ramai mereka hanya segelintir sahaja yang menghargai. hanya segelintir sahaja yang masih kekal sehingga hari ini biarpun masing-masing sudah membawa haluan masing-masing mengejar minat sendiri. Ada kawan yang ada untuk mendengar tapi kemudian memilih untuk menjauh. ada kawan yang baiknya hanya didepan tapi keburukan kita dijaja dibelakang. sebab itulah saya kata yang sahabat ini sukar untuk dicari .
SAHABAT yang saya ada zaman sekolah menengah adalah sangat berharga buat saya. mereka ada kala saya jatuh dan bangun saya. mereka memahami erti kesusahan bersama. mereka bantu belajar bersama. Hasilnya ? kami berjaya bergelar pelajar terbaik SPM 2017 bersama. Kami menyambung pelajaran ke matrikulasi bersama namun kami semua berlainan matrikulasi . Ada yang tercampak ke utara ada pula tercampak ke barat. Namun mereka tetap ada kala susah datang menerpa.

ini mereka. SAHABAT saya yang ada kala susah senang pada
zaman persekolahan :) 
next ! Zaman Matrikulasi.
zaman matrikulasi lagi banyak mengajar saya erti sebenar seorang sahabat yang mana , mereka ada mendengar , mereka ada menemani, mereka mengajar cara untuk bangkit dan mereka jugalah yang mengajar erti persahabatan sejati.

'here is where the dramas about friendship begins. a lot of drama begins'

ikatan persahabatan zaman matrikulasi adalah yang paling indah. kami bukan sekadar SAHABAT tapi kami juga keluarga! kami ada untuk sokong satu sama lain. kami saling melengkapi. walaupun banyak drama-drama persahabatan yang timbul. tapi kami tetap sayang. sayang sampai sekarang !
disinilah mereka yang ada mengajar seketul 'AZLEEN' yang langsung tiada basic dalam ACCOUNTING tapi nekad untuk ambil ACCOUNTING pada zaman matrik. besar usaha mereka. mereka sabar mengajar saya. mereka bersama saya belajar sehingga 3-4 pagi bersama demi seketul 4.0 yang diidamkan. Usaha dan jasa mereka sangat besar bagi saya sehingga tidak termampu untuk saya membalasnya. Mereka mengajar saya erti usaha tanpa mengeluh. mereka jugalah yang buatkan saya bersemangat untuk teruskan pengajian saya di matrikulasi. Malah, mereka juga yang berjaya mengajar dan membimbing saya sehingga saya mampu mencapai 4.0 pada semester kedua walaupun saya tidak mempunyai sebarang basic dalam ACCOUNTING!

sekarang, mereka semua jauh dari saya. mereka semua masuk ke universiti yang berlainan demi mengejar cita masing-masing.
tapi,
kami semua masing lagi berhubung. kerana inilah ikatan persahabatan yang sebenar. Tanpa mereka mustahil kaki ini mampu menjejak ke Uni ini.
'syukur ya Allah , Engkau temukan Aku dengan sahabat sejati'

DAN... INILAH MEREKA . KESAYANGAN SAYA <3 


Maka, harapan saya, semoga Allah temukan saya lagi dengan orang-orang sebaik ini disini. Di UKM ini. semoga ada lagi manusia yang menyangi persahabatan seikhlas ini.

nota ringkas: Saya sayang semua kawan-kawan yang pernah hadir dalam hidup saya. biarpun gambar mereka tiada disini :)



DAN.. inilah sahabat saya sejak dari 2008 :)
masih lagi tidak berubah