hehee....
sedar tak sedar sekarang dah minggu ke-6 dah kat UKM.
dah 6 minggu survived kat sini. dah 6 minggu cuba dan cuba kenal orang baru, biasakan diri dengan enviroment yang baru, cuba biasakan diri dengan silibus baru.
Alhamdulillah...
Allah masih temukan saya dengan orang yang baik-baik serta rakan yang baik <3 .
So guys! harini saya berminat untuk share dengan awak semua tentang new family saya serta small circle saya disini.
okay jom kita start (sila baca dengan nada khairul amin :D )
firstly, seperti post saya sebelum ni, saya merupakan pelajar yang menginap di Kolej Aminuddin Baki. Sebagai seorang warga KAB saya bangga jadi sebahagian daripadanya salah satunya kerana fakulti saya di depan bilik saya je hehe. Mereka gelarkan KAB sebagai "kolej golek-golek terus sampai fakulti"haaa so kalau korang dapat KAB dan fakulti FEP, saya ucapkan TAHNIAH! :D
hee.. okay untuk makluman korang, KAB ni ada sediakan satu sistem dipanggil Biro. Biro ni adalah dibawah jawatankuasa pelajar KAB. setiap pelajar di KAB wajib sertai biro kerana biro ni salah satu yang membantu untuk stay kolej pada tahun seterusnya serta Biro ni juga merupakan keluarga di KAB kerana setiap biro akan dibimbing oleh seorang Majlis Eksekutif Pelajar (MEP) dan seorang FELO. MEP dan FELO lah yang mana akan banyak bimbing anak-anak biro berkaitan pelajaran dan semua benda di UKM. Mereka sentiasa sudi untuk membantu. Dan seperti yang saya katakan tadi,
BIRO ini adalah keluarga di UKM atau di Kolej khususnya. Seperti saya, saya menyertai BIRO KESELAMATAN DAN KEROHANIAN (SRAB).
Pada awalnya memang agak kekok kerana kami langsung tak mengenali antara satu sama lain.
tapi lama-lama bonding kami semakin kuat.
ini adalah first meeting kami. sesi kenal-kenal SRAB |
Saya bersyukur kerana mengenali mereka. Mereka sangatlah baik, prihatin dan masuk air :D . mereka jugalah keluarga kedua. Keluarga di KAB. keluarga di UKM.
sesungguhnya saya adalah insan yang bertuah kerana diterima masuk ke biro ni. walaupun ia kadang kala 'complicated', 'full of dramas' tpi mereka tetap the best !
seperti yang telah saya maklum, kami pada awalnya tak rapat. tapi, meeting demi meeting. program demi program yang diadakan membuatkan ikatan kami makin erat. makin rapat. makin sayang.
ini adalah bonding kecil-kecilan kami di KAB |
haa gambar ni pulak adalah kami duduk beramai-ramai sambil sembang dan dengar lawak antara satu sama lain.
dan apa yang buat saya sedar, bonding ni sebenarnya bagus. Bagus untuk kami mengali satu sama lain dengan lebih dalam agar kami dapat saling memahami. Bagus untuk kami semua eratkan lagi ikatan kasih sayang sebagai sebuah keluarga.
Pada hari bonding ni, banyak benda yang kami lakukan bersama yang mana setiap perbuatan kami itu semuanya membawa kepada sebuah ikatan yang mengeratkan lagi hubungan antara kami.
Srab sentiasa ada untuk memberi sokongan. Saya juga terharu apabila mereka hadir untuk menyokong saya di pertandingan Pidato memandangkan saya mewakili pidato KAB . Walaupun persembahan saya sendiri agak teruk, tapi mereka tetap memberi sokongan.
inilah yang antaranya datang dan support saya. yang pakai topi tu kami panggil Abang Jenol. dia juga adalah abang FELO. |
yang baju hitam tu adalah MEP kami, namanya Acey. gambar ni sebab acey sanggup ke mcd layan anak bironya yang sentiasa lapar :D |
ini hanyalah permulaan kepada kisah keluarga ini. Banyak lagi perkara yang dirancang untuk lakukan bersama sebagai sebuah keluarga. Semoga lebih banyak lagi kenangan yang dapat kami ciptakan disini. Plan besar kami adalah untuk bonding retreat ke Thailand. heheee. semoga kami dapat capai hasrat untuk thailand tu... :D
rasanya , saya berhenti menaip disini dahulu. untuk next posting InshaAllah saya akan ceritakan mengenai Family SRAB lagi.
sepertimana tagline yang MEP kami selalu guna:
Salam Leen,
ReplyDeleteGood job for being part of the biro. Rasanya susah juga nak dapat tu kan? selamat menjalankan tugas dengan cemerlang inshaallah.
Posting yg baik. lengkap dgn gambar dan video. Good job and keep it up!