hehehe . saya nak tahu la , apa yang korang semua buat untuk isi masa-masa yang terluang tu ?
tidur ?
makan?
riadah ?
main game?
kalau saya, memandangkan rumah dengan pantai mengambil masa 15minit je,
saya prefer untuk luangkan masa tu di pantai.
dalam Islam pun ada cakap kalau kita menikmati keindahan alam yang Allah ciptakan, pahala pun dapat , ketenangan pun dapat.
sebenarnya pantai pun salah satu tempat untuk 'release tension' .
kala saya stress , sedih , ada masalah , gelisah,
pantai sedikit sebanyak memberi ketenangan kepada saya.
pantai dan ombaknya.
pantai dan anginnya.
pantai dan langitnya.
sungguh indah ciptaan Illahi.
saya asal dari terengganu. Pantai lah tempat saya dan rakan-rakan lepak. Tempat untuk kami bercerita tentang masalah masing-masing, 'heart to heart' session kononnya. hehe.
tapi perkara itulah yang kami rindui kala masing-masing telah belajar jauh.
rindu untuk lihat keindahan pantai, rindu untuk tenangkan diri di pantai dan rindu untuk bercerita dengan pantai.
memandangkan sekarang saya dah belajar diluar negeri, saya jarang ke pantai. namun, setiap kali ada peluang balik cuti semester, pantai tempat utama saya yang tuju.
Malah, jika ada saudara-mara jauh yang balik beraya atau bercuti sekali pun, mereka akan ajak saya untuk kepantai.
entah..
Pantai mempunyai tarikannya yang tersendiri.
disinilah tempat untuk orang-orang meluangkan masa dengan keluarga, dengan kawan-kawan.
di tempat saya , pantai ini namanya pantai penarik. Kalau korang berkunjung ke pantai ni, bukan sahaja boleh menikmati keindahan pantai,
malah,
boleh mandi, boleh buat family day, boleh makan-makan !
Sebab kat sini ada kedai makan disepanjang jalan ke pantai ini, kedai makan yang menyediakan makanan berasaskan celup tepung, seperti sotong, udang , ikan dan banyak lagi dengan harga yang sangat berpatutan !
disebabkan ada makanan ini jugalah yang menyebabkan saya minat untuk ke pantai . hehee !
makanan yang murah , sedap dan tempat yang cantik untuk OOTD.
percaya tak?
ni adalah makanan yang saya tak pernah missed kalau berkunjung ke sini hehe |
jadi, ini lah minat saya. minat untuk lepak dan tengok keindahan pantai. package kalau datang dengan family boleh la mandi pantai. kalau datang dengan kawan-kawan boleh sembang sambil tengok laut, boleh ootd. Tapi kepada pasangan yang berkawin, kat sini pun best untuk dating tau :D .
Okay saya rasa sampai disini dulu, inshaAllah next posting saya ceritakan tentang pantai-pantai yang best dekat Terengganu ni pulak okay :D
Jumpa lagi !
cantik kan view ? <3 |
Salam Azleen,
ReplyDeleteWah bestnya rumah dekat dgn pantai. same. i just love the beach so much :D boleh release tension kan..
anyway good job on the posting! ada gambar n video.. nice
keep it up!