Monday, December 9, 2019

BUDAYA PANTUN

Assalamualaikum semua!
holaa!!!
dah week-13 di UKM! lagi satu minggu then FINAL! Allahu tak lama dahh ... :(

okay so harini Aleen nak share tentang minat Aleen!
minat untuk pantun. macam pelik kan? Tapi itulah minat Aleen ehehehe.

so, ayuh kita mulakan dengan serangkap pantun untuk blog kalini ya! izinkan dinda ya kanda?

jalan ke taman memetik melati, 
singgah berehat di pokok sena, 
sudah rindu rasa dihati,
apa khabar orang disana? 
 cewah, lain macam rasanya. dah lama tak asah bakat tulis pantun hehehehe.
okay kisahnya Aleen suka tulis pantun, tapi tak kreatif sangat. Penggunaan bahasa yang teruk.
Zaman sekolah dulu Aleen pernah wakil pasukan pantun hingga ke peringkat Negeri.
pasukan pantun sekolah kami telah memenangi tempat pertama pada peringkat daerah dan saya sendiri dinobatkan sebagai pemantun terbaik (maaf riak sikit eheh) . Namun rezeki tidak berpihak kepada kami ketika peringkat negeri.

salah satu pantun yang Aleen ingat sampai sekarang adalah pantun bertemakan makanan tradisi. dengarkan ya dinda.

" di dalam sangkar berehat kedidi,
sementara menunggu siang menjelma,
badak berendam puteri mandi,
apa keunikan disebalik nama?"

Aleen yakin, mostly ramai yang tak faham macam mana konsep pesta pantun ni kan?
okay kalau Universiti, level dia lain sikit. lagi susah sebab aleen dah try pergi latihan pantun. Memang susah.

Kalau peringkat sekolah menengah, peserta diberi kertas kosong untuk menjawab pantun dalam masa 60saat. tapi di peringkat Universiti, peserta diberi masa 120s (kalau tak silap) untuk reka dan jawab pantun TANPA SEBARANG KERTAS DAN PEN! 
haaaa kau! Aleen respect for those yang masuk Pantun kat Uni ni, sebab dorang memang power!





nota kaki: gambar kat atas adalah gambar throwback pesta pantun zaman sekolah menengah tahun 2017 

Bukan itu je, kebiasaannya awal pembukaan pantun , ia akan diiringi dengan nyanyian dan persembahan ringkas pengenalan diri oleh para pemantun .




okay rasanya itu saja. untuk blog terakhir buat sem ni! lepas ni Aleen nak fokus final jap. kat bawah ni adalah video-video throwback ketika jawab pantun. hehehe. dengar ya kanda.













Wednesday, December 4, 2019

Ilmu luas

Hello gais!!
Okay harini aleen punya blog agak sendu . Sebab ni pun type pakai phone je. Wifi UKM buat hal tak boleh nak connect pulak. Hotspot pun sama tak boleh nak connect . Uwaaa “(

Okay since harini nak buat blog yang ringkas je,
Aleen nak share pasal ilmu baharu yang aleen dapat kat UKM .
Kat sini, apa yang bestnya. Mereka bukan sahaja ajar subjek wajib untuk sesuatu course malah ada subjek sampingan dipanggil CITRA. Yang mana subjek memberi peluang kepada para pelajar untuk menimba ilmu baharu.

Sama seperti aleen. Banyak citra Aleen ambik sem ni berasaskan entrepreneur.
Entah. Teringin nak timba ilmu dan jadi orang-orang hebat seperti Aliff Syukri dan usahawan berjaya
yang lain.




Gambar ini pula , adalah citra Aleen yang berasaskan kaunseling.
Kaunseling untuk kerjaya. Kaunseling untuk tingkatkan self confidence dalam diri, kaunseling ke arah persediaan masa hadapan.

Gambar kat atas adalah kelas terakhir citra ni untuk  semester ni. Rasa sedih pulak . Tibe. Heheheh.
Kuliah terakhir ni, mereka membincangkan untuk naikkan self confidence dalam diri, dan untuk sentiasa berazam dalam diri untuk terus bersemangat demi mencapai cita-cita yang diidamkan .


Ini adalah video yang Aleen sempat rakam ketika beliau suruh kami semua listkan 10impian dalam 5tahun yang akan datang. Kemudian disuruh ceritqkan kepada kawan sebelah mengenai impian kami. Pada awalnya agak awkward. Tapi lama-lama okay, malah dapat support dari rakan sebelah. Dan 10list itu jugalah merupakan janji kami. Janji kami yang perlu kami tunaikan.

Dan yang terakhir, katanya untuk tambahkan followers dalam instagram supaya nanti senang untuk buat perniagaan online. Cara dia untuk kami semua follow antara satu sama lain adalah dengan selfie ramai2 dan post di ig dengan hashtag yang khusus supaya nanti kami boleh follow antara satu sama
lain.






Okay Aleen rasa kat sini je dulu nak kongsi. Itu pun tengah struggle type through phone 😢
Heheheh. Counting lagi +- 3weeks to final! 











Friday, November 29, 2019

Penang Trip Plan Budget

Annyeong gais !
Week-11 di UKM . Penat. Banyak kerja... Banyak Assignment ...
Stress.......
Homesick...



Best kalau dapat pergi bercuti kejap.. Release tension kejap before final exam ni..
Okay , actually harini aleen nak cerita pasal short trip ke  PENANG! hehehe , Okay Jom Kita Start!

So, Aleen tahu sikit-sikit tempat best kat penang ni yang korang boleh pergi. ni semua Aleen tahu pun sebab time belajar matrik Penang dulu pernah travel sama-sama dengan member.
As a student, memang travel bajet ni menjadi kenangan termanis la dalam hidup kami.

 JAMBATAN PULAU PINANG. 

hasil carian: google

jambatan Pulau Pinang ada dua, tapi biasanya kalau yang datang dari Butterworth , Kepala Batas dll akan melalui jambatan Pulau Pinang 1. Apa yang bestnya jambatan ni panjang dan dapat tengok view laut kiri kanan yang cantik gilaa.

Tapi ni untuk tips jimat bagi student, korang boleh naik Feri kat Penang Sentral. Tiket pergi hanya RM1.20 je, balik FREE. same goes kalau korang bawak kereta, nak naik Feri pun boleh. Baru feeling pergi Pulau . hehehe. Jimat kan ? turun Feri dah sampai Georgetown!

Next!
First day, kami ke sana naik Feri, sampai Pulau kami ambik grab je untuk ke penginapan kami. this is the worse pengalaman bagi kami sebab nak sangat yang murah kan sampai cari hostel bajet harga RM16 seorang. Tandas kat luar. share ramai-ramai. Kawasan hostel yang dekat dengan Pub, banyak orang mabuk. Haha. bila ingat balik rasa kelakar pulak.
So, untuk korang. Aleen suggest kalau travel, cari la HOTEL yang proper . biarlah mahal sikit asal selamat. huhuu. Tapi Alhamdulillah. selamat je kami cuma tak berani nak jalan sampai lewat malam .
So, daripada hostel, kami dah tak ambil grab. Kami berjalan ke tempat yang kami nak tuju. tak jauh pun dari satu tempat ke satu tempat.

First destination kami ke MASJID KAPITAL KELING!

hasil carian: google 



masjid yang cantik, unik dan menarik. Kiteorang ke sini untuk solat asar dan rehat sebelum pergi ke next destination.

Lepas dah solat asar, kami gerak ke ICE CAFE which is ambil masa dalam 10minit berjalan kaki ke sana. Ice Cafe adalah kafe yang berkonsepkan ais. duduk dalam tu boleh fefeeling duk dalam salji gitu.. kafe ni menyediakan dessert ais yang sedap gila. rating 10/10!

tada! ini yang kami cuba. SEDAP! range harga dalam RM12 ~ RM15 

Next , kami jalan lagi ke Padang Kota Lama. Kat sini menariknya, banyak pilihan makanan dan makanan sedap2! Penang is Heaven with Food!

Gambar hasil carian: Google :D 
The next day kami sarapan di roti canai transfer road , roti canai memang kaw! Beratur bakhang nak masuk makan. Fuh sedap dan murah! Roti canai telur dengan Ayam kerat 4. memang puas hati! Harga agak mahal sikit tapi berbaloi. harga RM8 . 

hasil carian: google 
lepas dah kenyang , kami gerak ke salah satu muzium . tricks art muzium. harga masuk untuk student around RM14~ RM16. kalau suka selfie , muzium tu memang wajib pergi ! 



Tak best kalau jalan takde souvenir kan? jadi kami shopping di Chowrasta market dan komtar. Kat sini banyak souvenir boleh cari untuk bagi kat family and friends. Harga berpatutan. Dan jangan lupa untuk beli benda paling famous kat penang, JERUK MADU PAK ALI! heehee. 

dah panas-panas shopping, boleh singgah pekena ais tingkap dan cendol dulu kat gerai ais tingkap kat chowrasta market ni. Ini pun salah satu tempat famous kat penang! Ais tingkap dia sedap gilaa woooo...  berbaloi harga lebih kurang RM2 je segelas. 

hasil carian: google
And last sekali before balik . kasi pekena nasi kandaq dulu! hehehe benda wajib kalau mai Penang oi! kami try nasi kandar Deen Maju. mak ai dia punya beratur, memang makan peluh dulu. Ramai gila ! 
tapi berbaloi sebab sedap dan harga berpatutan. 


Okay done Short trip dengan Bajet less than RM 150 for 2days 1 night. sebenarnya banyak je lagi benda menarik kat Penang yang korang boleh cuba . contohnya Bukit Bendera! View kat atas bukit bendera sumpah lawa ! korang kena cuba untuk lawat Penang! yang penting korang takkan dapat completekan pusing lawat Penang dalam masa 2hari! tak cukup ! Boleh masukkan Penang dalam list Travel korang lepasni ! bye ! :D 
















Tuesday, November 19, 2019

CITRA ALAM PEKERJAAN UKM


Anyeong guys !! welcome back !
Hehe. Penatla.. sekarang kat UKM ni dah week ke 10 lagi 4 mingu nak habis. Assignment banyak baru dapat, labtest lagi, presentation lagi… hm takpelah.. demi seketul 4.0 dan segulung ijazah.
Bak kata pepatah bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian.. haa gittew…

Okay so harini aleen nak share tentang benda baru yang aleen belajar dalam kelas. Haa jom kita start!
Dekat UKM ni ada satu subjek selain subjek wajib fakulti yang wajib bagi semua pelajar lengkapkan credit yang diminta iaitu CITRA. Bagi saya, citra ni banyak kelebihannya kepada belajar dimana pelajar boleh belajar mempelajari sesuatu.

Dalam banyak-banyak citra yang aleen ambik sem ni, aleen suka citra alam pekerjaan sebab citra ni banyak membantu pelajar dalam preparation ke alam pekerjaan. kelas citra ni terbuka kepada pelajar tahun 3 tapi ia sebenarnya memberi manfaat jugak kepada pelajar tahun 1 dan 2 untuk membuka minda kami dalam alam pekerjaan. 



so sesuai la citra ni untuk aleen yang tak tetap lagi cita-cita nak jadi apa . hehehe. 
yang mana gambaran masa depan tu masih blur lagi. dalam citra ni jugak , mereka sediakan sesi kaunseling kerjaya which means dalam sesi tu , mereka akan bagi kita tentukan 3 kerjaya utama pilihan kita , then kaunselor akan bimbing untuk kita fahami kerjaya yang kita pilih supaya selaras dengan course yang pelajar ambil.

macam bosan kan blog aleen kali ni? hehehehe. itulah aleen nak cerita. soal kerjaya. korang macam mana? dah tetap ke cita-cita nak jadi apa? orang kata aim tu biar sampai ke bulan , kalau kita tersasar, kita hanya langgar bintang. gitteew

so aleen punya first kerjaya aleen nak jadi accountant. sebab gaji akauntan ni mahal. ehek. aleen plan untuk ambil ACCA (itu pun kalau mampu) doakan ye ehek. so nanti bila dah dapat title Charted Accountant boleh la nak demand gaji. :P 

tapi hakikatnya......


haa. sebelum aleen lupa. dalam kelas citra ni, everyweek akan ada orang dari company luar seperti Maybank, RHB bankyang datang bagi talk about kesalahan dalam resume , tips interview dan macam-macam lagi berkaitan dengan proses pengambilan kerja. Dari situ, pelajar boleh belajar kesalahan yang dilakukan oleh individu sehingga mereka tidak ditawarkan bekerja. 

tapi.. kelas paling best bagi aleen ialah kelas yang dia cerita tentang personaliti diri dan etika pakaian semasa interview. Dari situ, dia ajar jenis pakaian yang casual dengan makeup yang sesuai. Aleen enjoy kelas ni sebab aleen rasa cara berpakaian aleen selama ni salah. Aleen highlightkan sikit berkaitan makeup yang diajar dalam kelas haritu. katanya , kalau kita sejenis yang suka 'bareface' boleh cuba dengan Bedak, lipstik dan eyeliner. itu sahaja dah cukup untuk ubah penampilan seseorang yang biasa kepada luar biasa . gittew. 

semasa kelas berlangsung


jadi sekian perkongsian yang agak hambar untuk blog kalini . hehehehe ! Berbaki 4 minggu lagi kat UKM ni. doakan semoga Aleen boleh skor untuk labtest dan final! 

love,
Aleen Nov 2019










Monday, November 11, 2019

minggu keusahawanan Kolej Aminuddin Baki

Anyeong ! aleen is back! eh macam best pulak gelarkan diri as aleen ni hehehehe.
anyway korang sihat ?
Aleen kat UKM sekarang ni dah week 8.
penat... memang penat.. dengan midtest lagi, dengan banyak nak kena study balik.
rasa risau .. rasa bimbang dengan study sekarang ni... :(
Tapi syukur Alhamdulillah.. minggu keusahawanan dah habis .. hehe.. minggu yang penat gila. minggu yang tak cukup tidur, tak cukup masa untuk buat revision..

okay ! sebenarnya aleen nak ceritakan tentang minggu keusahawanan ni. ia adalah program tahunan yang wajib diadakan setiap tahun di kolej aminuddin baki. Masih ingat lagi aleen cerita yang aleen join biro ? haa hari keusahawanan ni dijalankan sepenuhnya atas biro masing-masing.
terdapat dalam 20 gerai semuanya.
Dan biro kami letakkan nama gerai sebagai 'SRAB VILLAGE'. Kami jadikan gerai kami bertemakan kampung atau desa.

kreatif kan yang buat poster ni ehek. mention : Irsalina , Atikah and Geng

hari keusahawanan berlangsung selama 4 hari dan sepanjang 4 hari banyak perkara baru yang aleen pelajari serta dapat menguatkan lagi ikatan antara biro. 
kami pilih menu untuk jualan yang lain dari yang lain. Main dishes kami adalah Char Kuey Teow (sebut pasal makanan ni lapar pulak ") ) dan yang paling laris di gerai kami adalah popia maggie dan popia pisang. Pernah tak korang jumpa popia Maggie? haaa unik kan. Aleen sendiri tak pernah jumpa tak pernah buat . hehehe . 

Okay so suasana pada first day dengan second day agak hambar sebab dah ada pesta konvo. student lebih prefer ke pesta konvo. Ada yang datang tapi tak seberapa meriah. 
Aleen rasa, aleen belajar banyak benda dari hari keusahawanan ni.
 yang pertama , tolak ansur. 
idea kita sama-sama kita kongsi, kalau ada idea orang lain yang lebih menarik, bincang dan terima. 
kedua, sabar. 
Sabar dalam masa nak arrange jadual sendiri untuk gerai dan belajar. Sabar dalam memimpin (since aleen adalah MT untuk hari keusahawanan). sabar dalam setiap perkara. nak puaskan hati semua orang bukan senang.
Ketiga, kerjasama. 
yang ni paling aleen highlight . tanpa kerjasama, kerja lambat nak siap. tanpa kerja sama , kerja tak sempurna. 
dan terakhir. Emosi.
kadang, kala kita penat, emosi cepat terganggu, cepat terasa, cepat nak marah. tapi itulah yang paling penting untuk dikawal. kalau emosi tak dapat kita kawal. Sampai sudah tak kemana. jadi , cara aleen , aleen cuba untuk bertenang dan think positive dalam semua aspek. And kadang-kadang. dorongan dari kawan-kawan sangat membantu. 

dan.. alhamdulillah.. 4 hari berjalan lancar. malah makin erat hubungan antara satu sama lain serta makin banyak kenangan yang diperoleh. 

Terima kasih tak terhingga kepada Felo dan Mep yang banyak bagi kami tunjuk ajar, dan semua ahli yang bekerjasama sepanjang 4hari sampai gerai SRAB paling lakuu huhuhuuuuuu (riak jap ehe). 

kerjasama

ikatan makin erat. 

kreativiti. 


last, aleen harap apa yang aleen tulis disini harini , dinukilkan sebagai kenangan pada masa akan datang. Kepada anda yang berjaya masuk ke Kolej Aminuddin Baki bagi sesi seterusnya, aleen wish korang all the best! ingat , busy masak, study jangan lupa hehe. 
dan tak lupa , andai ada ahli SRAB yang baca blog ni, semoga kenangan dan ukhuwah yang kita cipta ini merapatkan kita dan untuk kita saling mengingati antara satu sama lain pada masa akan datang. 

<3 


<3 


sekian, jumpa lagi ! 


aleen, 
UKM KAB 11/11/2019










  

Wednesday, November 6, 2019

kolej matrikulasi pulau pinang

Hai ! Assalamualaikum semua ! harini second day SPM! akak wish adik-adik semua goodluck okay :D
Adik-adik or sesiapa yang baca blog aleen harini, aleen nak cerita tentang kolej matrikulasi Pulau Pinang ni haa...
Aleen akan ceritakan experience dan cara untuk survived kat KMPP . OKAY? :D
okay jom kita start (sila baca dengan nada khairul aming)

  

Inilah dia. KMPP tercinta ! ehek, oh ya lupa nak cakap, Aleen adalah alumni KMPP batch 2018/2019. so sebabtu la nak cerita tentang KMPP. anyway kredit gambar tu aleen ada ambik dekat blog yang dah amalinpunyastory.blogspot . cantik kan ? Aleen pun rasa gambar ni cantik . First sekali, perkara yang korang rasa amazing dengan KMPP adalah langit dia. KMPP ada view langit yang cukup indah. korang boleh la layan tengok sunset petang-petang belakang blok A2 dekat dengan padang, haa nanti kalau dah daftar masuk KMPP pergi je cari pondok kat belakang A2 untuk tengok view langit time senja. siapa yang blok A2 aras 4 atau aras 3 lagi untung, time maghrib tu MasyaAllah langit dia memang menakjubkan. korang tengokla nanti kalau tak caye ehek. aleen takde gambarnya :(. 

Second part bestnya KMPP ni adalah, KMPP adalah salah satu matrik di bandar. percaya tak ? haa korang nak outing dekat je dengan tesco. Naik Grab ke Tesco atau Mcd atau Sunshine (kat sini ada wayang) baru RM7. ke Mydin baru RM10. kalau korang nak huha huha sikit time elaun masuk tu boleh la pergi Sunway Carnival Mall. Mall ni best jugak . ada wayang , tempat makan yang best-best jugak . Grab tengok harga semasa biasanya dalam RM20 je. Kalau rasa kaya lagi, boleh pergi Pulau. Kos lagi murah . Aleen pernah travel dengan kawan-kawan dulu time cuti Am hari isnin yang total cuti 3hari kan, kitaorang pergi short vacay ke Pulau. macam mana kos semua nanti aleen cerita kat blog lain :D . Okay ni cara korang nak pergi Pulau balik hari :
1. dari Kmpp korang ambik grab ke ktm . harga dalam RM7 
2. dari KTM beli tiket ke Butterwoth (as FYI, kat KTM sini tak guna Touch N Go lagi macam kat KL. 
3. turun dari ktm, korang terus sampai ke Penang Sentral. kat Penang sentral korang pergi ambik Feri. harganya RM 1.20 seorang 
4. SAMPAI PULAU ehek . nah korang naik la grab nak kemana. harga depends on tempat korang nak pergi. Dulu Aleen selalu pergi jalan kat Chowrasta je. kat situ kalau korang nak pergi ke Komtar Mall pun dekat. harga grab dalam RM5 dari jeti. 

Tapi kalau korang nak cepat, korang ambik je grab terus ke Penang Sentral instead of naik KTM. harga depends semasa . kalau demand tinggi boleh cecah rm50. biasanya dalam RM25. 

okay next! hubungan antara lecturer dengan member kat matrik ni adalah yang paling indah. yang korang takkan dapat dah dekat Uni. kat matrik ni korang akan sangat rapat dengan lecturer . Kawan-kawan kat matrik ni macam family. bonding kat matrik ni kuat. sebab time ni la korang akan jumpa kawan yang akan support korang dari setiap aspek. Korang percayalah, hidup kat matrik akan jadi kenangan palinggg indah :) 

ni namanya miss hidayah, dah tertukar mana
student mana lecturer :D

ini pula sir mokhtar, dia akan bagi motivasi dulu sebelum
start kelas. setiap kali kelas. 



Aleen nak tanya korang . Korang apply accounting tapi takde basic account? takpe! jangan risau trust me! sebab aleen pun sama je macam korang, Aleen pure science time form5 but then change to account time matrik tanpa basic. tapi berkat usaha , boleh je survived. Alhamduillah. 
macam mana Aleen survived? Aleen cerita kat next blog boleh ? ehe, Aleen busy dengan hari keusahawanan kat sini. Anyway, kalau korang tak mintak KMPP tapi dapat KMPP, korang patut BERSYUKUR . sebab Aleen dulu pun macam tu. Masa first datang hari-hari rasa nak nangis. Sebab tak pernah duduk jauh dari parents tiba-tiba dapat Matrik jauh since Aleen orang ganu. hmmm. jauh kannn :( Tapi Aleen tak nyesal. betulla masa awal Sir Mokhtar pernah cakap "kalian ni , awal-awal je sedih . nak tukar matrik la apa semua bagai, nanti dah nak habis, semua taknak tinggalkan matrik" and Aleen akui, semua yang sir Mokhtar cakap tu betul. Jadi korang yang dapat Penang tu jangan stress-stress. Makanan Penang best-best dan Murah ! plus korang boleh jalan2 kenal tempat orang . Okay la, Aleen stop sini dulu. next time Aleen share lagi ya ! Bye :) 














Monday, November 4, 2019

NETBALL LIFE

Annyeong guys! welcome back to cikaleen's blog!!
eh .. ehek.. silap..
Assalamualaikum semua ! sihat ?

haa bersempena bulan sukan negara ni saya nak cerita mengenai minat saya.
minat saya dalam sukan bola jaring.

bola jaring atau netball adalah satu sukan yang tak asing lagi di pendengaran rakyat kita.
minat saya dalam bola jaring dipupuk pada usia 7tahun lagi dimana saya telah mewakili persatuan yang mana saya dah agak-agak lupa nama persatuan tu . hahahahha.
Tapi sejujurnya memang saya dah menyertai bola jaring sejak dari kecil lagi.

minat dan bakat saya semakin diasah semasa dibangku sekolah rendah. Saya pegang position as a goal Attack (GA) yang berperanan untuk shoot.. shoot... dan shoot...
dan Alhamdulillah, masih segar diingatan saya apabila kami meraih emas pada kali pertamanya dan itulah pingat emas pertama saya dalam permainan bola jaring semasa saya berusia 12 tahun serta saya juga tergolong dalam 5pemain terbaik untuk dipilih mewakili daerah ke peringkat negeri. Walaupun tiada rezeki saya untuk ke kebangsaan, dan tiada gambar sebagai kenangan, tetapi ia tetap segar dalam ingatan.

minat dan bakat saya dalam bidang ini tak berhenti sebegitu sahaja. Saya terus bergiat aktif dalam permainan bola jaring ini di sekolah menengah bermula dari umur 13 tahun sehingga 17 tahun dan saya juga memegang title sebagai kapten pasukan selama 4 tahun berturut-turut iaitu 2tahun di bawah 15tahun dan 2tahun di bawah kategori bawah 18tahun.
Namun, kejayaan bukan milik team kami untuk menang pada setiap tahun.
tetapi, berkat usaha dan kerja keras kami sebagai satu team pada tahun akhir di sekolah,
Sekali lagi saya berpeluang untuk memenangi pingat emas dan layak ke pemilihan atlet untuk mewakili negeri Terengganu.

saat kami diumumkan sebagai pemenang. 

pasukan kami mendengar taklimat terakhir dari coach 

team saya yang paling perform sampai sekarang :) 

saya ingat, dengan berakhir zaman sekolah, saya akan mengakhiri zaman netball saya kerana badan dah naik :( , dan kelemahan diri sendiri kerana tak cukup tinggi :(

tapi, semasa di matrikulasi, sekali lagi. saya terpilih di kalangan 20 terbaik dikalangan 150orang pelajar yang turun untuk selection sebagai team untuk mewakili kolej matrikulasi pulau pinang ke KAKOM 2018. Saya bangga dengan pencapaian ini walaupun saya tahu sukar untuk saya terpilih sebagai top 10 yang layak dipilih untuk mewakili KMPP. .

namun, sekali lagi, berkat usaha keras, dan bakat yang saya ada, saya terpilih dikalangan 10 terbaik untuk mewakili KMPP ke KAKOM 2018. Sekali lagi saya berbangga dan berterima kasih kepada coach saya yang banyak mengajar dan membantu saya sejak dari zaman saya sekolah rendah sehingga sekolah menengah . yang tak lekang untuk asah bakat yang saya ada. saya gelarkan coach saya sebagai POKYAS. 


ini adalah team baru saya di KMPP. ye mereka semua tinggi
lampai. taktahu macam mana saya boleh tersesat. :P

tapi malangnya tak tergolong dalam first 7 sebab ketinggian tak
mencukupi :P

saya ingat . saya nekad , untuk tak lagi aktif dalam bola jaring di UKM kerana banyak faktor luar namun yang utama, ianya kerana ketinggian dan shape badan . saya sedar bahawa shape badan dan ketinggian saya sekarang tidak lagi melayakkan saya untuk terpilih ke satu team lebih-lebih lagi banyak saingannya disini. Namun, minat bukan sahaja berhenti disini, saya telah pun join netball team untuk kejohanan sukan fakulti FEP (KESUFEP) yang diadakan baru-baru ini.
Saya tahu, saya bukan lagi sharp shooter seperti dulu. tapi saya telah lakukan yang terbaik dan praktikkan balik segala ilmu yang telah pokyas ajarkan kepada saya.

dan inilah team express saya di UKM
tak training tapi terus lawan.
NAMUN MASIH JUARA!




apa yang saya paling kagum dengan bakat yang saya ada, semasa habis SPM, 2 buah sekolah yang berdekatan dengan rumah saya menghubungi saya untuk jadi coach untuk pasukan mereka. Tugas ini besar untuk newbie seperti saya. Ouh ya! btw mesti korang pelik kan? macam mana sekolah ni boleh kenal saya? ceritanya, coach saya ,pokyas merupakan coach netball yang paling famous di terengganu dan umum tahu bahawa pokyas mempunyai anak buah yang terdidik. Malah, pokyas juga sering kali bawa saya ke kejohanan bola jaring Belia peringkat daerah dan a few tournament lagi. maka , cikgu-cikgu di sekolah yang menghubungi saya telah mengenali diri saya.

Malah, saya dan rakan saya menerima tawaran sebagai coach di salah sebuah sekolah tersebut.
hasil kerja keras kami dan semangat yang dibawa oleh mereka sendiri, Alhamdulillah segala ilmu yang kami ajarkan mereka praktikkan di dalam game . Malah , mereka juga mendapat JOHAN dalam kejohanan bola jaring peringkat daerah pada tahun tersebut. Apa yang saya boleh katakan, saya harap agar niat saya untuk berhenti daripada bola jaring ini terkubur malah mencari jalan lain untuk tingkatkan skills yang dah sedia ada dalam diri saya.

okaylaa.. hari pun sudah lewat.. minggu ni akan menjadi minggu yang sangat sibuk buat kami warga KOLEJ AMINUDDIN BAKI. Dan tolong juga doakan agar midtest saya akan berjalan dengan lancar.. aamenn ..





Sunday, October 20, 2019

hidup baru di UKM

Annyeong guys!! welcome back!
hehee....
sedar tak sedar sekarang dah minggu ke-6 dah kat UKM.
dah 6 minggu survived kat sini. dah 6 minggu cuba dan cuba kenal orang baru, biasakan diri dengan enviroment yang baru, cuba biasakan diri dengan silibus baru.
Alhamdulillah...
Allah masih temukan saya dengan orang yang baik-baik serta rakan yang baik <3 .

So guys! harini saya berminat untuk share dengan awak semua tentang new family saya serta small circle saya disini.
okay jom kita start (sila baca dengan nada khairul amin :D )

firstly, seperti post saya sebelum ni, saya merupakan pelajar yang menginap di Kolej Aminuddin Baki. Sebagai seorang warga KAB saya bangga jadi sebahagian daripadanya salah satunya kerana fakulti saya di depan bilik saya je hehe. Mereka gelarkan KAB sebagai "kolej golek-golek terus sampai fakulti"haaa so kalau korang dapat KAB dan fakulti FEP, saya ucapkan TAHNIAH! :D
hee.. okay untuk makluman korang, KAB ni ada sediakan satu sistem dipanggil Biro. Biro ni adalah dibawah jawatankuasa pelajar KAB. setiap pelajar di KAB wajib sertai biro kerana biro ni salah satu yang membantu untuk stay kolej pada tahun seterusnya serta Biro ni juga merupakan keluarga di KAB kerana setiap biro akan dibimbing oleh seorang Majlis Eksekutif Pelajar (MEP) dan seorang FELO. MEP dan FELO lah yang mana akan banyak bimbing anak-anak biro berkaitan pelajaran dan semua benda di UKM. Mereka sentiasa sudi untuk membantu. Dan seperti yang saya katakan tadi,
BIRO ini adalah keluarga di UKM atau di Kolej khususnya. Seperti saya, saya menyertai BIRO KESELAMATAN DAN KEROHANIAN (SRAB).

Pada awalnya memang agak kekok kerana kami langsung tak mengenali antara satu sama lain.
tapi lama-lama bonding kami semakin kuat.

ini adalah first meeting kami. sesi kenal-kenal SRAB

Saya bersyukur kerana mengenali mereka. Mereka sangatlah baik, prihatin dan masuk air :D . mereka jugalah keluarga kedua. Keluarga di KAB. keluarga di UKM.

sesungguhnya saya adalah insan yang bertuah kerana diterima masuk ke biro ni. walaupun ia kadang kala 'complicated', 'full of dramas' tpi mereka tetap the best !

seperti yang telah saya maklum, kami pada awalnya tak rapat. tapi, meeting demi meeting. program demi program yang diadakan membuatkan ikatan kami makin erat. makin rapat. makin sayang.

ini adalah bonding kecil-kecilan kami di KAB
gambar kat atas ni adalah bonding kecil-kecilan yang kami adakan untuk lebih saling mengenali  serta mewujudkan semangat kerjasama antara ahli biro.


haa gambar ni pulak adalah kami duduk beramai-ramai sambil sembang dan dengar lawak antara satu sama lain.
dan apa yang buat saya sedar, bonding ni sebenarnya bagus. Bagus untuk kami mengali satu sama lain dengan lebih dalam agar kami dapat saling memahami. Bagus untuk kami semua eratkan lagi ikatan kasih sayang sebagai sebuah keluarga.

Pada hari bonding ni, banyak benda yang kami lakukan bersama yang mana setiap perbuatan kami itu semuanya membawa kepada sebuah ikatan yang mengeratkan lagi hubungan antara kami.

Srab sentiasa ada untuk memberi sokongan. Saya juga terharu apabila mereka hadir untuk menyokong saya di pertandingan Pidato memandangkan saya mewakili pidato KAB . Walaupun persembahan saya sendiri agak teruk, tapi mereka tetap memberi sokongan.


inilah yang antaranya datang dan support saya. yang pakai topi
tu kami panggil Abang Jenol. dia juga adalah abang FELO.
 cerita pasal MEP, kami ada MEP yang sangat baik dan prihatin terhadap semua anak biro. MEP yang sentiasa tanya "korang okay?" , yang sentiasa membantu kala kami perlukan bantuan , dan seorang MEP yang tak pernah 'missed' untuk tanya kami "korang dah makan? lapar?" . Seorang yang sangat positif dan berwibawa serta prihatin terhadap semua. kami sebagai ahli SRAB bersyukur dapat MEP seperti beliau :) 


yang baju hitam tu adalah MEP kami, namanya Acey. gambar ni
sebab acey sanggup ke mcd layan anak bironya yang sentiasa lapar :D


ini hanyalah permulaan kepada kisah keluarga ini. Banyak lagi perkara yang dirancang untuk lakukan bersama sebagai sebuah keluarga. Semoga lebih banyak lagi kenangan yang dapat kami ciptakan disini. Plan besar kami adalah untuk bonding retreat ke Thailand. heheee. semoga kami dapat capai hasrat untuk thailand tu... :D

rasanya , saya berhenti menaip disini dahulu. untuk next posting InshaAllah saya akan ceritakan mengenai Family SRAB lagi.

sepertimana tagline yang MEP kami selalu guna:

"SRAB OKAY! SUMPAH OKAY!" 












Friday, October 11, 2019

pantai dan ketenangan

Assalamualaikum ! hi !! im back !

hehehe . saya nak tahu la , apa yang korang semua buat untuk isi masa-masa yang terluang tu ?
tidur ?
makan?
riadah ?
main game?

kalau saya, memandangkan rumah dengan pantai mengambil masa 15minit je,
saya prefer untuk luangkan masa tu di pantai.
dalam Islam pun ada cakap kalau kita menikmati keindahan alam yang Allah ciptakan, pahala pun dapat , ketenangan pun dapat.



sebenarnya pantai pun salah satu tempat untuk 'release tension' . 
kala saya stress , sedih , ada masalah , gelisah, 
pantai sedikit sebanyak memberi ketenangan kepada saya.

pantai dan ombaknya.
pantai dan anginnya.
pantai dan langitnya.

sungguh indah ciptaan Illahi.

saya asal dari terengganu. Pantai lah tempat saya dan rakan-rakan lepak. Tempat untuk kami bercerita tentang masalah masing-masing, 'heart to heart' session  kononnya. hehe.
tapi perkara itulah yang kami rindui kala masing-masing telah belajar jauh.
rindu untuk lihat keindahan pantai, rindu untuk tenangkan diri di pantai dan rindu untuk bercerita dengan pantai.




memandangkan sekarang saya dah belajar diluar negeri, saya jarang ke pantai. namun, setiap kali ada peluang balik cuti semester, pantai tempat utama saya yang tuju.
Malah, jika ada saudara-mara jauh yang balik beraya atau bercuti sekali pun, mereka akan ajak saya untuk kepantai.
entah..
Pantai mempunyai tarikannya yang tersendiri. 
disinilah tempat untuk orang-orang meluangkan masa dengan keluarga, dengan kawan-kawan.

di tempat saya , pantai ini namanya pantai penarik. Kalau korang berkunjung ke pantai ni, bukan sahaja boleh menikmati keindahan pantai,
malah,
boleh mandi, boleh buat family day, boleh makan-makan !
Sebab kat sini ada kedai makan disepanjang jalan ke pantai ini, kedai makan yang menyediakan makanan berasaskan celup tepung, seperti sotong, udang , ikan dan banyak lagi dengan harga yang sangat berpatutan !

disebabkan ada makanan ini jugalah yang menyebabkan saya minat untuk ke pantai . hehee !
makanan yang murah , sedap dan tempat yang cantik untuk OOTD.
percaya tak?

ni adalah makanan yang saya tak pernah missed
kalau berkunjung ke sini hehe


jadi, ini lah minat saya. minat untuk lepak dan tengok keindahan pantai. package kalau datang dengan family boleh la mandi pantai. kalau datang dengan kawan-kawan boleh sembang sambil tengok laut, boleh ootd. Tapi kepada pasangan yang berkawin, kat sini pun best untuk dating tau :D .
Okay saya rasa sampai disini dulu, inshaAllah next posting saya ceritakan tentang pantai-pantai yang best dekat Terengganu ni pulak okay :D
Jumpa lagi !

cantik kan view ? <3








Sunday, October 6, 2019

kawan atau sahabat ?

Hi Assalamualaikum!!
semua sihat ? Dah makan ? hehe dah kenapa lah minggu ni asyik rasa nak makan je. Stress mungkin atau mungkin jugak rindu sahabat-sahabat saya hehe.

oh ya ! cakap pasal sahabat, saya yakin, saya pasti yang semua antara kita mesti ada sahabat kan? cuba korang tengok dan perhatikan balik , sebenarnya.. mereka tu kawan atau sahabat ?

eh ? apa pulak beza kawan dengan sahabat ni kan ? bukan  sama je ke semuanya? hahaha.
gelak. kenapa gelak pulak kan tetiba ?

okay sebagai seorang yang dah hidup selama 19 tahun, dah ramai kawan dan sahabat yang saya jumpa. KAWAN tu hanyalah KAWAN yang ada tika kita bergembira, kawan yang ada untuk tengok kebaikan kita, kawan yang ada untuk menumpang senang kita.
.
tapi
.
SAHABAT adalah kawan yang ada tika kita gembira, kawan yang ada tika susah senang kita, kawan yang pinjamkan bahu mereka untuk kita, kawan yang ceriakan kita kala kita berduka, kawan yang terima baik dan buruk kita, kawan yang tak pernah pergi tinggalkan kita saat dalam sengsara namun percayalah bahawa kawan sebegini hanya satu dalam sejuta.

sejak sekolah menengah lagi, saya berkawan dengan semua orang. namun, kawan hanya sekadar kawan kerana saya sedar bahawa kawan tu senang dicari, tapi adakah mereka kawan sejati ? jawapannya dalam ramai-ramai mereka hanya segelintir sahaja yang menghargai. hanya segelintir sahaja yang masih kekal sehingga hari ini biarpun masing-masing sudah membawa haluan masing-masing mengejar minat sendiri. Ada kawan yang ada untuk mendengar tapi kemudian memilih untuk menjauh. ada kawan yang baiknya hanya didepan tapi keburukan kita dijaja dibelakang. sebab itulah saya kata yang sahabat ini sukar untuk dicari .
SAHABAT yang saya ada zaman sekolah menengah adalah sangat berharga buat saya. mereka ada kala saya jatuh dan bangun saya. mereka memahami erti kesusahan bersama. mereka bantu belajar bersama. Hasilnya ? kami berjaya bergelar pelajar terbaik SPM 2017 bersama. Kami menyambung pelajaran ke matrikulasi bersama namun kami semua berlainan matrikulasi . Ada yang tercampak ke utara ada pula tercampak ke barat. Namun mereka tetap ada kala susah datang menerpa.

ini mereka. SAHABAT saya yang ada kala susah senang pada
zaman persekolahan :) 
next ! Zaman Matrikulasi.
zaman matrikulasi lagi banyak mengajar saya erti sebenar seorang sahabat yang mana , mereka ada mendengar , mereka ada menemani, mereka mengajar cara untuk bangkit dan mereka jugalah yang mengajar erti persahabatan sejati.

'here is where the dramas about friendship begins. a lot of drama begins'

ikatan persahabatan zaman matrikulasi adalah yang paling indah. kami bukan sekadar SAHABAT tapi kami juga keluarga! kami ada untuk sokong satu sama lain. kami saling melengkapi. walaupun banyak drama-drama persahabatan yang timbul. tapi kami tetap sayang. sayang sampai sekarang !
disinilah mereka yang ada mengajar seketul 'AZLEEN' yang langsung tiada basic dalam ACCOUNTING tapi nekad untuk ambil ACCOUNTING pada zaman matrik. besar usaha mereka. mereka sabar mengajar saya. mereka bersama saya belajar sehingga 3-4 pagi bersama demi seketul 4.0 yang diidamkan. Usaha dan jasa mereka sangat besar bagi saya sehingga tidak termampu untuk saya membalasnya. Mereka mengajar saya erti usaha tanpa mengeluh. mereka jugalah yang buatkan saya bersemangat untuk teruskan pengajian saya di matrikulasi. Malah, mereka juga yang berjaya mengajar dan membimbing saya sehingga saya mampu mencapai 4.0 pada semester kedua walaupun saya tidak mempunyai sebarang basic dalam ACCOUNTING!

sekarang, mereka semua jauh dari saya. mereka semua masuk ke universiti yang berlainan demi mengejar cita masing-masing.
tapi,
kami semua masing lagi berhubung. kerana inilah ikatan persahabatan yang sebenar. Tanpa mereka mustahil kaki ini mampu menjejak ke Uni ini.
'syukur ya Allah , Engkau temukan Aku dengan sahabat sejati'

DAN... INILAH MEREKA . KESAYANGAN SAYA <3 


Maka, harapan saya, semoga Allah temukan saya lagi dengan orang-orang sebaik ini disini. Di UKM ini. semoga ada lagi manusia yang menyangi persahabatan seikhlas ini.

nota ringkas: Saya sayang semua kawan-kawan yang pernah hadir dalam hidup saya. biarpun gambar mereka tiada disini :)



DAN.. inilah sahabat saya sejak dari 2008 :)
masih lagi tidak berubah





































Sunday, September 29, 2019

persediaan kepada cara untuk buat thesis

Hi Assalamualaikum ...
Sihat ke tak tu? saya sihat alhamduillah..
cuma busy sikit, banyak assignment, banyak program , banyak event. Normal lah life sebagai seorang student katakan...

jadi, minggu lepas , saya dah belajar satu benda baru yang mana saya tak pernah imagine Word di laptop kita sebenarnya banyak fungsinya..
Maklumlah sebelum ni tak pernah teroka.. Sebelum ni saya hanya tahu untuk tukar font, insert table , insert picture bagai tu, Tapi Alhamdulillah saya bersyukur UKM tawarkan kursus aplikasi komputer di Fakulti saya yang mana ilmu yang saya dapat pada kelas ni sangat membantu saya untuk membuat thesis pada masa akan datang.

Apa yang saya perolehi ?
Lecturer saya, Puan Hafiza ajarkan kami semua cara untuk buat thesis yang mana ianya ada 5 komponen utama yang kami perlu tahu.
1) heading
2) footer 
3) Table of contents 
4) List of Tables and List of Figures
5) Bibliography 

kesemua 5 perkara ini adalah something new bagi saya. Kami belajar bagaimana untuk buat content secara automatik dan manual. Kami belajar cara untuk letak references bagi setiap perkataan yang kami ambil dari buku, artikel dll. Kami juga diajar cara untuk letak page di setiap muka surat. 

Semua ini adalah perkara baru bagi saya. Harapan saya , semoga dengan adanya ilmu ini, ia akan memudahkan saya ketika hendak menyiapkan thesis nanti. InshaAllah . Doakan saya ya .


ini adalah contoh contents yang saya telah pelajari.














Tuesday, September 17, 2019

kehidupan baru , nafas baru

Assalamualaikum wbt...
selamat petang.. selamat sejahtera ..
Jerebu kat Bangi ni makin teruk... Allahuu...

haa cakap pasal Bangi, Alhamdulillah, saya dah berjaya menyambung pelajaran ke UKM kat bangi ni... So harini saya nak share serba sedikit life student UKM ni..
So basically, life dekat Uni dengan Matrik jauh gila berbeza. Kalau matrik ada hari minggu je boleh keluar outing, itu pun kena balik sebelum 7 malam. Keadaan kat Uni ni berbeza. Bebas. Bebas untuk keluar masuk bila-bila masa pun. Bebas nak berkeliaran pukul berapa pun boleh.


Kalau dari segi kelas pulak, zaman matrik dulu kelas mesti padat gila dari 8pg- 4ptg. Tapi, life kat uni dah berbeza which is kita sendiri yang tentukan jadual kita. Kita sendiri yang tentukan nak kelas petang ke pagi ke. Dan apa yang paling sedih, dekat uni dah tiada kelas tutorial macam kat matrik. Dah tiada satu kelas seramai 15orang. Dekat sini, satu kelas atau kuliah paling sikit 45orang hingga ke 150 orang.



Rindu?
Mestilah rindu zaman matrik. Rindu untuk ada classmate.
ni adalah classmate saya masa di matrik dulu :)


Tapi..
kat uni ni lain, setiap kelas akan jumpa rakan yang berbeza. So , makin ramai kenal orang, makin banyak la kawan kan ? :) semua tu sebenarnya bergantung kepada diri kita sendiri, pandai atau tidak kita mencari kawan.

okay la , saya rasa sampai disini dulu perkongsian saya untuk harini . nanti saya ceritakan tentang pengalaman saya ketika orientasi berlangsung pula ya . :D Bye :)